Yasin minta Syed Saddiq perjuangkan kanabis

 

Syed Saddiq diminta perjuangkan penggunaan kanabis oleh penyanyi Yasin Sulaiman.

“sampaikan salam pada YB Syed Saddiq, minta segerakan kelulusan kanabis” kata Yasin semasa dibawa masuk ke kamar Mahkamah.



Mengapa Yasin secara tiba-tiba menyebut nama Syed Saddiq? Adakah ada kaitan antara mereka berdua?

Untuk rekod, ARMADA BERSATU pernah dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah semasa Syed Saddiq memimpin ARMADA tidak lama dahulu. 

Yasin Sulaiman ditahan PDRM kerana mengusahakan ‘ladang ganja’ di kediamannya di Kota Damansara.



Berdepan dengan dakwaan dibawah Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya.

Serbuan pihak polis ke kediamannya telah berjaya menemukan 2 plastik ketulan mampat disyaki daun ganja seberat 214 gram, cecair pemusnah serangga, alat ukur PH air, penyukat suhu, lampu, alat penyiram dan alat pengudaraan.

Polis juga menemukan 17 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja.



Beliau berdepan hukuman gantung sampai mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button