Muhyiddin sudah pulangkan pasport atau jadi Jho Low?

Oleh – Bakhtiar Omar


Muhyiddin sudah pulangkan pasport atau jadi JhoLow?

Percutian Muhyiddin Yassin sepatutnya telah berakhir dan beliau perlu menyerahkan pasport antarabangsa beliau ke Mahkamah sebelum 15 Januari 2024.



Beliau mendapat pelepasan untuk memperolehi pasport antarabangsa dari Mahkamah bermula dari 29 November 2023 sehingga 15 Januari 2024.

Muhyiddin membuat permohonan untuk mendapatkan kembali pasportnya dari Mahkamah Sesyen kerana mahu bercuti bersama keluarganya ke London, United Kingdom (UK), pada akhir tahun.

Namun sehingga hari ini, status kepulangan Muhyiddin ke Malaysia masih jadi tandatanya. Tidak dapat dipastikan samada beliau sudah pulang dan memulangkan semula pasport antarabangsa atau belum.

Ada juga suara nakal netizen yang menyatakan mungkin Muhyiddin sudah mengikuti jejak langkah Jho Low, seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.



Muhyiddin sudah pulangkan pasport atau jadi JhoLow?

Malaysia tidak akan berputus asa menjalankan usaha mencari ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang kini dalam buruan, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau menegaskan bahawa usaha menjejaki Jho Low tidak akan berhenti dan akan dicari sehingga ke ‘lubang cacing’ sekalipun. – Muhyiddin Yassin- 5/11/2019
Muhyiddin masih menghadapi 3 pendakwaan berkait AMLA di Mahkamah. Ahli Parlimen Pagoh itu berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.

 

Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menawarkan diri menjejaki ahli perniagaan Low Taek Jho yang kini dipercayai berada di China untuk dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Diminta Putrajaya atau tidak rakyat Malaysia mahukan kebenaran. Untuk dapatkan kebenaran ini tidak kisah sama ada kita pembangkang atau kerajaan.“Jho Low ini merupakan individu yang sangat kritikal kita kena cari dan perlu ada jawapan untuk negara boleh bergerak ke hadapan,” – Hishamuddin Hussein – 22/20/2018



Setiausaha Agung BERSATU, Hamzah Zainuddin juga tidak membuat sebarang makluman kepada mana-mana pihak tentang keberadaan Muhyiddin sekarang.

Malah, boleh dikatakan tiada sebarang laporan atau liputan kembalinya Muhyiddin ke Tanahair dan ini menambah kemusykilan mengenai beliau.

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button