Dendam Arsenal terhadap Man. City terbalas

Dendam Arsenal terhadap Man. City terbalas

Dendam Arsenal terhadap Man. City terbalas
PEMAIN Arsenal meraikan kejayaan di Piala Perisai Komuniti selepas tewaskan Manchester City 4-1 pada penentuan penalti di Stadium Wembley, sebentar tadi. – AFP

LONDON – Manchester City terus bernasib malang dalam aksi Piala Perisai Komuniti apabila tewas 4-1 kepada Arsenal pada penentuan sepakan penalti di Stadium Wembley, sebentar tadi.

Sepanjang 90 minit permainan, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan keputusan ini adalah kegagalan ‘hatrik’ Man. City selepas tewas 1-0 kepada Leicester City pada 2021 dan tunduk 3-1 di tangan Liverpool musim lalu.

Dua bintang utama The Citizens, Kevin De Bruyne dan Rodri menjadi pemain paling terkesan dengan kekalahan ini selepas masing-masing gagal menyempurnakan sepakan penalti.



Di awal perlawanan, aksi lebih condong kepada Man. City yang dilihat lebih mendominasi permainan manakala Arsenal seakan hanya menanti masa sesuai untuk melancarkan serangan.

Selepas memperoleh peluang terbaik menerusi Kai Havertz pada minit ke-25, permainan Arsenal bertambah baik dan lima minit sebelum babak pertama berakhir, bintang dari Jerman itu sekali lagi dikecewakan oleh ketangkasan penjaga gol Man. City, Stefan Ortega.

Aksi cemerlang Arsenal berterusan di babak kedua hingga menyaksikan pengurus Man. City, Pep Guardiola bertindak berani dengan memasukkan Cole Palmer bagi menggantikan ‘mesin gol’, Erling Haaland yang seakan hilang dari radar permainan.

Hanya 13 minit selepas dimasukkan, Palmer pamer ketenangan untuk melakukan lencongan yang melepasi jangkauan penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale.



Ketika aksi berada dalam masa kecederaan, giliran pemain gantian Arsenal, Leandro Trossard cipta sensasi apabila meledak gol penyamaan untuk memaksa pemenang ditentukan menerusi penalti

Sepakan penalti De Bruyne sekadar singgah di palang diikuti kecemerlangan Ramsdale yang menyekat sepakan Rodri manakala Martin Odegaard, Trossard, Bukayo Saka serta Fabio Vieira berjaya menyempurnakan sepakan buat Arsenal. – KOSMO! ONLINE

Dendam Arsenal terhadap Man. City terbalas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading