‘Saya bukan ‘buaya’, tapi lelaki baik’ – Zoey Rahman

Bangi: “Kami memang rapat sebagai kawan, untuk pergi makan-makan, ‘hang out’ dan luah perasaan,” kata pelakon dan ahli perniagaan Zoey Rahman mengenai sejauh mana perhubungannya dengan pelakon baharu, Shakira Stephen, 26.

Zoey, 37, atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman berkata, dia sudah mengenali pelakon filem Gila Gusti itu sejak 2018.

“Kami kawan dan kenal masa dia menyertai program On Air kendalian Pak Nil (Datuk Aznil). Selepas itu, kami ‘lost contact’ dan baru-baru ini jumpa balik. Saya terkejut juga baca artikel di Harian Metro,” katanya.



Terdahulu, Zoey ditemui pada Majlis Iftar Hotel Tenera Bersama Media yang bertemakan Balik Kampung, di sini, semalam.

Ditanya jika Shakira adalah jodohnya apatah lagi selepas melalui banyak siri ‘teman tapi mesra’ bersama beberapa selebriti wanita, menurut Zoey juga pengasas produk Mika Series, dia tidak menolak.

“Kalau dia jodoh saya, saya terima seadanya. Dia wanita yang baik, jujur dan sopan santun. Saya okey kalau memang ada jodoh. Kalau tak jadi nanti, orang cakap lain pula sebab itu selalu bertukar-tukar.

“Hingga ada yang komen saya ‘buaya’. Saya bukan ‘buaya’. Saya lelaki baik. Wanita di luar sana jangan takut berkawan dengan saya,” katanya.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button