Dua pemuda maut tersepit dalam kereta

JOHOR BAHRU: Dua pemuda maut tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL), malam tadi.

Kedua-dua mangsa iaitu K Pratep Raj, 23, dan R Sharan Raj, 26, maut di tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.13 malam.



Beliau berkata, seunit fire rescue tender (FRT) dengan kekuatan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau di sini, dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dan lori jenis Daihatsu.

“Ketika kejadian, kedua-dua kenderaan menghala ke arah bandaraya Johor Bahru,” katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa tersepit di dalam kenderaan dinaiki manakala pemandu lori, seorang lelaki berusia 50-an dalam keadaan selamat.



“Operasi tamat pada jam 10.11 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button