RUU Anti Lompat Parti, siapa pengecut sebenar?

 

Sidang khas Parlimen hari ini menyaksikan ahli Parlimen membahaskan Pindaan RUU Anti Lompat Parti. Pihak pembangkang mengambil peluang untuk menyalahkan ‘Langkah Sheraton’ sebagai pencetus RUU.



Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat menunduk apabila Pengerusi PEJUANG mula membahas. 

Ada juga antara ahli parlimen cuba mengaitkan RUU dengan apa yang mereka dakwa sebagai kleptokrasi namun ia tidak mencetus gelombang sebaliknya hanya sekadar ‘penyedap’ hujah.

Ramai kalangan ahli parlimen bersetuju dengan RUU namun mereka meminta agar Akta diperhalusi bagi mengekang penyalahgunaan kuasa oleh sesebuah parti politik.

Kenyataan Muhyiddin dipetik dari sebuah portal menyatakan kegusaran beliau sekiranya RUU Pindaan Perlembagaan diluluskan menerusi sidang khas hari ini.



 

 

Mengapa? Adakah beliau tahu Perikatan Nasional akan menerima kesan teruk sekiranya RUU diluluskan kerana PPBM yang menjadi tunjang PN merupakan ‘kolam’ kepada segelintir ahli politik yang sekadar berjuang untuk mengekalkan kuasa yang ada?



Akhirnya apa yang diperlukan untuk mengembalikan kestabilan politik negara?

Kini rakyat boleh menilai sendiri siapa yang sebenarnya berselindung disebalik nama politik hanya untuk terus selesa dengan jawatan sedia ada.

Semoga PM mendapat ilham untuk membubarkan Parlimen seberapa segera demi kesejahteraan rakyat.

Perlu dapat restu PN untuk bubar parlimen?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button