Di­singkirkan RTG selepas gagal menang pingat emas

Di­singkirkan RTG selepas gagal menang pingat emas

Di­singkirkan RTG selepas gagal menang pingat emas
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bercakap pada sidang akhbar mengenai RTG yang turut dihadiri Stuart (kanan) di MSN, Bukit Jalil semalam. – FARIZ RUSADIO

PENCAPAIAN hambar skuad hoki lelaki kebangsaan pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di China pada September lepas akhirnya membawa padah apabila digugurkan daripada program Road to Gold (RTG) berkuatkuasa serta-merta semalam.

Selain hoki, dua pasangan beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Jamie Lai turut dikeluarkan daripada senarai atlet elit yang be­rada dalam program tersebut.

Kata Stuart, peluang Speedy Tigers untuk kembali tersenarai dalam program RTG masih ter­buka andai anak-anak buah A. Arul Selvaraj itu berjaya melepasi pusingan kelaya­kan Sukan Olimpik 2024 tahun depan.



“Prestasi di Sukan Asia Hangzhou menyaksikan kedudukan pasukan hoki negara jatuh dari tangga kesembilan ke tangga ke-12 dunia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu telur tembelang MRSM Kuala Klawang disiasat


“Mereka masih berpeluang tersenarai ke RTG jika layak ke Olimpik menerusi aksi kelayakan,” katanya selepas mesyuarat jawatankuasa RTG di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.



Mengulas lanjut, Stuart mengesahkan prestasi tidak konsisten dicatat Soon Huat-Shevon dan Kian Meng-Pei Jing menjadi punca mereka disisihkan daripada carta RTG.

“Prestasi merudum Kian Meng-Pei Jing menyaksikan kedudukan mereka jatuh ke ranking No. 23 senarai kelayakan Olimpik dan Soon Huat-Shevon pula jatuh ke kedudukan ke-17.

“Sekiranya prestasi mereka semakin pulih, jawatankuasa RTG akan menilai semula kerana perkiraan kemasukan atlet badminton berbeza dengan sukan lain,” katanya.

Sementara itu, jawatankuasa RTG turut bersetuju menyenaraikan atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan ke dalam program berkenaan berdasarkan permintaan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM).



“Aniq kini berada di kedudukan ke-10 dalam ranking Olimpik yang merupakan sebahagian dari­pada kriteria RTG selain dia juga baru berusia 21 tahun pada masa ini,” kata Stuart.

Di­singkirkan RTG selepas gagal menang pingat emas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gerakan jatuhkan Muhyiddin sudah bermula?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading