2 tonggak City mengalami kecederaan

Madrid: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui berdepan masalah besar selepas dua tonggak mengalami kecederaan ketika menentang Atletico Madrid dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara.

Ia perlawanan tegang buat juara Liga Perdana yang menyingkirkan kelab Sepanyol itu untuk menempah tiket separuh akhir menentang Real Madrid.

Namun kejayaan dibayar dengan harga mahal apabila Guardiola bakal kehilangan Kevin de Bruyne dan Kyle Walker yang mengalami kecederaan pada babak kedua.



De Bruyne tercedera ketika mengejar bola manakala Walker mengalami masalah buku lali dan tak mampu meneruskan permainan sekali gus menjejaskan perancangan Guardiola untuk berdepan Liverpool pada separuh akhir Piala FA Sabtu ini.

Ia permulaan kepada 12 perlawanan dalam masa enam minggu termasuk baki tujuh aksi Liga Perdana.

Guardiola masih boleh menjuarai tiga trofi musim ini namun mereka hanya mendahului satu mata di puncak liga dan tempoh sebulan setengah bakal menentukan kejayaan misi mereka.

Ketika ditanya mengenai kecederaan, Guardiola berkata: “Kami dalam masalah besar. Tiga hari lalu kami bersaing sengit dengan Liverpool dan di sini kami hadapi banyak kecederaan. Saya tak pasti apa akan berlaku minggu akan datang tapi buat masa ini kami akan raikannya di tempat kami.



“Ia sejarah buat Man City mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara. Bagi kami ia kejayaan besar dan kami gembira dapat ke sana.”

BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading