4 Menu Rendah Kalori Sedap & Tak Bosan

Bila tiba bulan Ramadan, antara niat atau keinginan ialah mahu menurunkan berat badan. Ini kerana ianya lebih mudah berbanding bulan lain kerana kita hanya makan sehari sekali dan boleh mengawal pemakanan.

Bagi anda yang sedang berdiet atau baru nak mula, apa kata cuba resepi 4 menu mudah yang dikongsi oleh Nurul Izzah Zalani di laman Facebooknya. Makanan sedap dan paling penting kalori pun rendah. Jom kita tengok! Boleh cuba untuk berbuka juga.

4 MENU RENDAH KALORI UNTUK ANDA CUBA, SEDAP & TAK BOSAN

Antara menu untuk ramadan berserta anggaran kalori. Resepi ada disetiap gambar: 

1. Menu sahur



2. Menu berbuka puasa

3. Menu sampingan berbuka puasa

4. Menu moreh

1. TUNA EGG SALAD SANDWICH

  • Roti Wholemeal dibakar- 2 keping
  • Telur Rebus – 2 biji
  • Tuna dalam air – 1/2 tin
  • Sayur- sayuran (potong kecil)
  • Timun
  • Lobak Merah
  • Lada Benggala
  • Daun Bawang
  • Bawang Merah
  • Daun Parsley
  • Yogurt Asli – 2 sudu makan (30g)
  • Lada Hitam Kisar
  • Garam

Cara penyediaan:



1. Hancurkan sebiji telur & gaulkan bersama tuna tin + yogurt + sayur- sayuran + lada hitam kisar + garam.

2. Letak sebiji telur rebus yang telah dibelah dua atas roti.

3. Letakkan campuran no (1) diatas telur rebus.

4. Letak roti lagi satu atasnya + potong & siap untuk makan.

2. SIZZLING YEE MEE

Perapan ayam:

  • Dada Ayam – 150g
  • Kicap Cair Kurang Masin – 2 tsp / 10ml
  • Bawang putih Cincang – 2 ulas / 8g
  • Halia cincang – sedikit

*Perap 1-2 jam / semalaman lebih sedap

Kuah sizzling:

  • Bawang Putih – 1 ulas
  • Bawang Merah – 1/2 biji saiz kecil
  • Lada kering – 2 tangkai
  • Cendawan shiitake – 3-4 butang
  • Air – 1 cawan sederhana
  • Ayam yang telah diperap
  • Sos tiram – 1 tsp / 5g
  • Kicap pekat – sedikit tak sampai 1/2 tsp
  • Lada hitam kisar
  • Bancuhan tepung jagung – tepung 3g
  • Minyak – 5ml
  • Yee mee – 1 gulung (291 kcal)
  • Telur – 1 biji
  • Sawi jepun – 1 batang pokok

Cara penyediaan: 

1. Tumis bawang putih + merah + lada kering + cendawan shiitake dengan sedikit minyak.

2. Masukkan air + perapan ayam.

3. Masukkan sos tiram + sedikit kicap pekat untuk nampak kuah lebih menarik.

4. Masukkan lada hitam kisar + bancuhan tepung jagung. Masak sehingga kuah sedikit pekat.

*Saya tak letak tambahan garam sebab dah cukup rasa dengan bahan-bahan yang ada.

3. MURTABAK SPIRAL

  • Telur 2 biji
  • Sayur-Sayuran
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lobak merah
  • Lada benggala
  • Daun bawang
  • Kubis ungu
  • Cendawan shiitake
  • Ayam cincang dah dimasak : 100g [ mentah]
  • Spiral pasta dah direbus: 50g [ mentah]
  • Serbuk kari
  • Lada Hitam kisar
  • Garam

Cara penyediaan:

1. Campurkan kesemua bahan & masak atas kuali dengan api kecil sehingga masak.

* Saiz murtabak spiral didalam gambar adalah 5 inch.

4. ROTI BAKAR UDANG

  • Roti wholemeal potong 6 – 2 keping
  • Udang (12 ekor) – 100g
  • Bawang putih – 2 ulas
  • Daun limau purut (dihiris)
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • Lobak Merah (potong kecil)
  • Telur (1 biji) – putih telur sahaja
  • Jus limau nipis
  • Garam

Cara penyediaan:

1. Kisar atau cincang kesemua bahan untuk dibuat inti udang kecuali roti wholemeal.

2. Letakkan inti udang (1) keatas roti yang telah dipotong.

3. Gunakan api kecil & masak semua bahagian sehingga semua bahagian Garing dan keluar sedikit juicy dari inti udang dia atas non-stick pan.

* Telur kuning boleh sapu atas roti tapi saya tak letak jadi kalori tak campur telur kuning. Saya bagi kucing saya makan sebab dia suka telur kuning. tak membazir dekat situ.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nurul Izzah Zalani

siraplimau

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker