Raja Petra lawan “Raja” Nazlan, siapa akan kalah?

 

Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin membuat pendedahan mengenai seorang Hakim yang beliau dakwa telah menerima wang dalam jumlah besar.



Dalam pendedahan tersebut, Raja Petra mendakwa Hakim Mohd Nazlan Mohad Ghazali mempunyai RM1,036,127.40 dalam akaun sebuah bank. Beliau mendakwa wang tersebut diragui kerana mempunyai hubung kait dengan Jho Low.

Dalam pendedahan tersebut, Raja Petra turut mendakwa jumlah wang yang diterima Nazlan hanyalah sebahagian daripada RM2 juta yang telah diberikan Jho Low sebagai penghargaan atau ‘upah kerja’ yang dilaksanakan.

Tidak diketahui apa maksud dakwaan Raja Petra berkaitan  “services rendered” dan kaitan dengan Nazlan.

Menurut tulisan dalam portal Malaysia Today, Raja Petra mengaitkan Nazlan dengan kes 1MDB dan SRC serta ada turut terlibat bersama Tim Liessner, Jasmine Loo, Terence Geh selain Jho Low.



Sewajarnya Mohd Nazlan membersihkan namanya dari dakwaan Raja Petra dengan segera bagi mengelakkan sebarang prejudis dirinya serta hubungkait dengan Tanjung Energy Sdn Bhd.

Ambil tindakan segera terhadap Raja Petra dan bersihkan semua dakwaan yang dilemparkan terhadap Nazlan. Pihak berkuasa wajar menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pendedahan yang dilakukan Raja Petra.

Pendedahan sebegini hanya membuka ruang kepada rakyat bersikap prejudis terhadap Institusi Kehakiman Malaysia.

Penafian – artikel ini berdasarkan penulisan Raja Petra dalam Malaysia Today. Sebarang komen adalah tanggungjawab pembaca dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya komen pembaca melanggar undang-undang Malaysia.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button