Jangan keluar kenyataan subjudis, fitnah atau hina mahkamah

KUALA LUMPUR: Orang awam diberi amaran supaya tidak mengeluarkan kenyataan dalam media sosial yang bersifat subjudis, fitnah atau menghina mahkamah berhubung kes pengabaian dan penganiayaan remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, kerana mereka boleh diambil tindakan.

Hakim Izralizam Sanusi menegaskan peringatan itu, hari ini, termasuk kepada mereka yang menghadiri perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Sesyen, di sini.

Beliau berkata, pihak yang mempunyai kuasa mendakwa boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang memuat naik kenyataan sedemikian.



Katanya, beliau akur bahawa setiap rakyat Malaysia ada kebebasan bersuara, namun ada hadnya dan tidak boleh melanggar undang-undang.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button