Kelantan FC mungkin bolos 100 gol menjelang tamat musim

Kelantan FC mungkin bolos 100 gol menjelang tamat musim

Kelantan FC mungkin bolos 100 gol menjelang tamat musim
Pemain tengah baharu JDT Takahiro Kunimoto meraikan gol kedua jaringannya pada perlawanan Piala Malaysia menentang Kelantan FC di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pasukan bola sepak Kelantan FC yang kini telah memecahkan rekod pasukan terbanyak bolos gol dalam sejarah Liga Super Malaysia mungkin akan berdepan satu lagi rekod.

Bagi saingan Liga Super, skuad Kelantan musim ini sudah memecahkan rekod pasukan paling banyak bolos sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 2004.

Kelantan dibolosi sebanyak 76 kali dalam 20 perlawanan Liga Super 2023 dengan mereka masih mempunyai baki enam perlawanan lagi dan jumlah itu dijangka akan terus meningkat.



Rekod pasukan paling banyak dibolosi dalam Liga Super sebelum ini dipegang oleh pasukan PDRM pada tahun 2009 iaitu sebanyak 75 bolos dan ketika itu juga saingan Liga Super membabitkan 14 pasukan.

Ketika ini, jika dicampur dengan kejohanan Piala Malaysia dan Piala FA, Kelantan FC telah dibolosi dengan jumlah 96 gol.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN




Kekalahan terbesar pasukan kendalian Alfredo Vera itu ketika tewas ditangan JDT dalam saingan Piala Malaysia dengan 10 gol pada minggu lalu.

Kekalahan tersebut juga menyaksikan Kelantan FC bolos 18 gol hanya dalam dua perlawanan terakhir termasuk kecundang 8-0 di tangan Terengganu dalam aksi Liga Super di gelanggang sendiri, Isnin lalu.

Untuk rekod kemenangan terbesar adalah ketika Selangor mengalahkan Terengganu 18-0 pada 1963 ketika kejohanan itu dikenali sebagai Piala HMS Malaya. – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading