Malaysian Tigers ikat Korea Selatan

Malaysian Tigers ikat Korea Selatan

Malaysian Tigers ikat Korea Selatan
Skuad hoki lelaki negara bimbingan Arul Selvaraj seri menentang Korea Selatan di Pusat Latihan Jingcheon, Incheon. – Foto MHC

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara memulakan kempen siri jelajah persahabatan dengan keputusan seri 2-2 menentang Korea Selatan di Pusat Latihan Jingcheon, Incheon hari ini.

Anak buah Arul Selvaraj terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi jaringan padang Muhammad Firhan Ashaari.

Muhammad Firhan sekali lagi menghasilkan gol buat skuad negara yang kini menghuni ranking ke-10 dunia menerusi jaringan padang pada minit ke-19.



Korea Selatan bagaimanapun bangkit merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti selang tiga minit kemudian sebelum menyamakan kedudukan pada minit ke-29 melalui pukulan penalti, sebelum kedua-dua pasukan mengharungi suku ketiga dan keempat perlawanan tanpa sebarang jaringan dihasilkan.

Aksi persahabatan itu merupakan satu daripada empat perlawanan diatur buat Malaysian Tigers sebagai persediaan menghadapi saingan Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) pada 3 hingga 12 Ogos ini di Chennai, India.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perangai Pelik Ahli UMNO




“Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan persembahan pemain. Mereka ambil peluang sepenuhnya selain berhasil menangani perlawanan dengan baik biarpun kita menerapkan sistem permainan baharu.

“Nampak kematangan daripada segi keyakinan pemain untuk melakukan tekanan kepada pihak lawan,” kata Arul Selvaraj menerusi pautan video dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Skuad negara akan melengkapkan tiga lagi pertemuan bertemu pasukan di ranking kesembilan dunia itu pada pada 23, 25 dan 27 Jun. – BERNAMA

Malaysian Tigers ikat Korea Selatan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perangai Pelik Ahli UMNO



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button