‘Kita tak pernah berhenti siasat’

Oleh – Syeikh Baran


'Kita tak pernah berhenti siasat'
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. – BERNAMA

 Lebih 200 keterangan dirakam berhubung kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dengan polis mengesahkan semua bahan bahan dikumpul masih diteliti.

Bagaimanapun beliau berkata, ketika ini belum ada perkembangan terbaharu mengenai kes itu.



“Kita masih menilai bahan bukti dikumpul. Macam saya cakap tempoh hari, kita tidak pernah berhenti menyiasat dan (anggota) masih di lapangan berjumpa masyarakat setempat jika ada sebarang maklumat tertinggal, walau sekecil mana pun.

“Lebih 200 orang kita sudah panggil (untuk dirakam keterangan). Daripada awal memang kita ‘scan’ kedua-dua blok (pangsapuri) berkenaan, jadi memang ramai (diambil keterangan),” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd Shuhaily mengesahkan 285 ditahan termasuk warga asing menerusi Op Pintas Mega bagi menangani jenayah pemerdagangan orang di seluruh negara.

Ia susulan 42 serbuan dengan kerjasama Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Alam Sekitar, Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor.



“Seramai 64 mangsa membabitkan warga Filipina, Indonesia, bangladesh, Kemboja dan Myanmar diselamatkan dengan empat daripadanya orang kurang upaya (OKU) mengikut Seksyen 44 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007).

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 dan 14 Akta ATIPSOM 2007, selain Seksyen 55B, Seksyen 15(1)(C) dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya.

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading