Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Laut ke-88



Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-88 kepada seluruh warganya.

Menurut catatan di Facebook Istana Negara hari ini, ucapan berkenaan turut ditujukan Al-Sultan Abdullah kepada veteran dan semua yang pernah berkhidmat dengan TLDM.

“Jasa, khidmat dan bakti TLDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan perairan negara amat dihargai dan disanjungi.

“Semoga TLDM terus menjadi sebuah angkatan laut yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa. Syabas dan tahniah,” titah baginda.



METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker