Saarani menghadap Sultan Perak esok

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Muhamad akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, esok untuk memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya akan mohon menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada esok, Rabu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan berkata, DUN Perak hanya akan dibubarkan, jika mendapat perkenan Sultan Nazrin.



Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembuburan Dewan Rakyat untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan pembubaran DUN membolehkan pilihan raya negeri serentak dengan PRU-15.

Kerajaan Perak sekarang diterajui UMNO dengan 25 kerusi, BERSATU (empat), PAS (tiga) Bebas (tiga).

Pembangkang pula terdiri daripada DAP 16 kerusi, AMANAH (lima) dan PKR (tiga).



Saarani dilantik sebagai Menteri Besar selepas kemelut politik pada Disember 2020, menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading