Ayam Masak Kicap Dan Kentang Paling Sedap



Ayam Masak Kicap dan Kentang Paling Sedap
Ayam Masak Kicap dan Kentang Paling Sedap

Ayam Masak Kicap Dan Kentang Paling Sedap

Mudah, pantas dan yg paling penting…rasanya cukup sedap. Ni lah menu favourite anak-anak Che Nom, terutama sekali bila ada kentang goreng dalam hidangan ni.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk tumbuk kasar :
    • 4 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1-2 inci halia
  • Bahan-bahan untuk lain:
    • 1/2 ekor ayam
    • sedikit garam
    • sedikit serbuk kunyit
    • 1 biji tomato
    • 2 biji kentang
    • minyak masak secukupnya
    • 1-2 sudu besar cili kisar
    • kicap manis ,anggaran 1/4 cawan
    • 2 sudu besar sos tiram
    • sedikit air
    • 5 biji cili padi
    • 1/2 sudu kecil lada sulah
    • 1 biji bawang Holland
    • daun bawang

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan bahan-bahan potong.
  2. Potong bawang holand (membulat), daun bawang, kentang (memanjang) dan tomato (belah 4).
  3. Cincang kasar bawang merah, bawang putih dan halia kemudian tumbuk kasar.
  4. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  5. Panaskan minyak dan goreng kentang hingga sedikit keperangan.
  6. Goreng ayam separuh masak, boleh angkat dan ketepikan.
  7. Tumiskan bahan tumbuk kasar sampai kekuningan.
  8. Tambah cili kisar.
  9. Masukkan balik ayam goreng tadi.
  10. Masukkan kicap manis, sos tiram dan air.
  11. Bila ayam dah masak, boleh masukkan cili api, kentang goreng, tomato, lada sulah dah bawang holand.

Tip:

  • Jangan goreng kentang lama sangat, nanti kentang jadi lembik dan cepat hancur
  • Kalau nak lebihkan kuah, boleh tambah air dan kicap.

Daging Masak Kicap Dan Kentang

Ayam Masak Kicap dan Kentang Paling Sedap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Muslihat Sebenar Negeri Di Bawah PAS Tidak Bubarkan DUN?




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker