FDA lulus ubat oral pertama untuk rawat ‘meroyan’ lepas bersalin

FDA lulus ubat oral pertama untuk rawat ‘meroyan’ lepas bersalin

FDA lulus ubat oral pertama untuk rawat 'meroyan' lepas bersalin
Zuranolone. FOTO Feinstein Institutes/CNN

Washington: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS pada Jumaat meluluskan ubat berasaskan hormon untuk merawat postpartum (meroyan) selepas bersalin (PPD).

Ubat zuranolone, yang akan dijual di bawah jenama Zurzuvae, adalah rawatan oral pertama yang diluluskan oleh FDA yang dihasilkan untuk menangani kemurungan selepas bersalin, lapor United Press International (UPI).

“PPD ialah masalah kemurungan utama yang biasanya berlaku selepas bersalin tetapi boleh bermula pada peringkat akhir kehamilan. Sehingga kini, rawatan untuk PPD hanya tersedia menerusi suntikan IV (intravena) yang diberikan oleh penyedia penjagaan kesihatan di kemudahan penjagaan kesihatan tertentu,” menurut FDA dalam satu kenyataan pada Jumaat.



Tidak seperti rawatan antidepresi biasa, yang mengambil masa untuk berkesan, zuranolone direka untuk berfungsi dengan cepat dan diambil untuk tempoh yang singkat, membolehkan ibu merawat masalah postpartum dengan cepat.

“Kemurungan selepas bersalin adalah keadaan yang serius dan berpotensi mengancam nyawa di mana wanita mengalami kesedihan, rasa bersalah, tidak bernilai – walaupun dalam kes yang teruk, pemikiran untuk mencederakan diri sendiri atau anak mereka. Dan, kerana kemurungan selepas bersalin boleh mengganggu ikatan ibu-bayi, ia juga boleh membawa kesan kepada perkembangan fizikal dan emosi kanak-kanak itu,” kata pengarah Bahagian Psikiatri di Pusat Penilaian dan Penyelidikan Dadah FDA, Tiffany Farchione.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Sudah jatuh, ditimpa tangga’, apa nasib Faizal Azumu?




“Memiliki akses kepada ubat oral akan menjadi pilihan yang bermanfaat bagi kebanyakan wanita ini menghadapi tekanan perasaan, dan kadangkala mengancam nyawa,” kata Farchione.

Ubat ini berasaskan allopregnanolone, yang merupakan produk sampingan progesteron. Apabila seorang wanita hamil, badan mereka menghasilkan sejumlah besar progesteron. Penurunan pesat tahap progesteron dipercayai menyumbang kepada kemurungan selepas bersalin.

Zuranolone perlu diambil mengikut dos yang disyorkan iaitu 50mg selama 14 hari.

Pembungkusan ubat akan memaparkan amaran bahawa ia boleh mengganggu keupayaan seseorang untuk memandu atau melakukan tugas berisiko.



Kesan sampingan yang biasa termasuk cirit-birit, pening, keletihan, mengantuk, jangkitan saluran kencing dan selesema.

Kesan sampingan yang lebih serius termasuk membahayakan janin dan pemikiran untuk membunuh diri.

FDA lulus ubat oral pertama untuk rawat ‘meroyan’ lepas bersalin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading