Senator Mohamad Ali perlu henti politik murahan

Politik Melaka kembali panas apabila cerita ‘dongeng’ berkaitan pertukaran Ketua Menteri digembar-gemburkan.

Semalam, Senator Mohamad Ali Mohamad telah mengadakan siaran langsung menerusi facebook rasmi beliau mengulas isu tersebut.



Bagaimanapun, sepanjang siaran tersebut tiada sebarang bukti dikemukakan bagi menyokong cerita perancangan pertukaran Ketua Menteri Melaka dalam masa terdekat.

 

VIDEO SIARAN LANGSUNG



Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Ali menerima mandat dan sokongan penuh dari semua 21 anggota BN yang menang PRN Melaka, jadi tidak timbul isu berlaku selisih faham atau perancangan menukar Ketua Menteri Melaka.

Dalam siaran tersebut, Mohamad Ali turut mengundang Ketua Umno Jasin dan Pemangku Ketua Umno Alor Gajah.

Sebagai rekod, Mohamad Ali kalah bertanding Dun Sg Udang dalam PRN Melaka.

BACA – SPEKULASI MELAKA



Ada sumber dari Melaka memaklumkan, Senator Mohamad Ali sebenarnya perlu menghentikan retorik politik beliau dan berhenti ‘membeli’ cerita dongeng berkaitan pertukaran Ketua Menteri Melaka. 

Sumber turut memaklumkan semua gerakan ini dipercayai ada kaitan dengan usaha melobi untuk dicalonkan sebagai calon Parlimen pada PRU15.

BACA JUGA – RAHSIA SEMAKIN TERBONGKAR

Sepatutnya mereka yang tidak terpilih sebagai calon pada PRN dan yang kalah sedar dan insaf mengapa mereka ditolak pengundi, bukannya menimbulkan huru-hara politik dalam sebuah negeri yang tidak sebesar mana.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button