Ahli jawatankuasa siasat kes buli doktor pelatih diumum esok

Putrajaya: Senarai nama ahli dalam jawatankuasa petugas bebas bagi menyiasat kes buli dalam kalangan doktor pelatih akan diumumkan esok.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimapaun, beliau tidak akan mempengerusikan jawatankuasa berkenaan.

“Esok saya akan umumkan (ahli jawatankuasa), ia bersekali dengan terma dan rujukan,” katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2022, di sini hari ini.



Sebelum ini Khairy mengumumkan pihaknya akan menubuhkan pasukan petugas bebas bagi menyiasat kematian seorang doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang, baru-baru ini.

Beliau berkata, jawatankuasa itu turut bertindak untuk meneliti dakwaan budaya buli yang berlaku antara doktor dan doktor pelatih di hospital awam.

Ketika ditanya tempoh siasatan yang akan diambil, Khairy berkata, biasanya siasatan akan selesai dalam beberapa minggu kerana ia membabitkan pertuduhan berat iaitu budaya kerja tidak profesional atau buli.

“Ia akan babitkan sesi temubual pengadu dan pakar yang dituduh, jadi lebih baik beri sedikit masa untuk pasukan betugas dan unit intergriti yang biasanya kita laksanakan tindakan tatatertib.



“Namun kita akan tengok pada kedua-dua hasil siasatan ini dulu sebelum sebarang tindakan dapat diambil,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button