Toulouse juara Piala Perancis

Paris: Logan Costa dan Thijs Dallinga kedua-duanya menjaringkan dua gol ketika Toulouse menumpaskan juara bertahan Nantes 5-1 semalam untuk memenangi Piala Perancis buat kali pertama sejak 1957.

Costa menanduk masuk gol buat Toulouse mendahului seawal minit keempat, menambah gol kedua dengan cara yang sama sebelum Dallinga menjaringkan dua gol selepas setengah jam beraksi di Stade de France.

Zakaria Aboukhlal melengkapkan kemenangan yang tidak dapat dilupakan untuk Toulouse pada penghujung babak kedua selepas Ludovic Blas menjaringkan saguhati dari sepakan penalti untuk Nantes.



“Ia pertandingan ikonik di negara ini dan kami berbangga. Kami melakukannya, kami menjadi sejarah buat kelab,” kata Costa.

Bagaimanapun, Toulouse berdepan berisiko tidak dapat bermain di pentas Eropah musim depan jika AC Milan layak ke Liga Juara-Juara atau Liga Europa kerana kedua-dua kelab dimiliki oleh firma pelaburan AS RedBird Capital Partners.

Presiden Emmanuel Macron berjabat tangan dengan pemain di dalam terowong sebelum perlawanan, mengetepikan kebimbangan berikutan penyambungan kontraknya yang tidak disukai sehingga mencetuskan bantahan dan mogok selama tiga bulan.

Toulouse menikmati musim yang baik apabila mereka kembali ke Ligue 1, berada di kedudukan selesa di tengah liga selain mara ke final buat kali pertama dalam 66 tahun.



Kemenangan 6-3 mereka ke atas Angers pada tahun 1957 kekal sebagai pencapaian tertinggi dalam pertandingan itu, tetapi kelab itu hilang sedekad kemudian ketika sistem baharu diperkenalkan pada tahun 1970.

Sementara itu pemain pertahanan Nantes, Nicolas Pallois berkata: “Tiada apa-apa untuk dikatakan, kami tidak bermain dengan baik,”

“Kini kami perlu mendapatkan mata dalam liga. Kami perlu mengosongkan fikiran kami, ia akan menjadi sukar.”




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading