Goldman Sachs Roger Ng mohon tangguh hukuman kes 1MDB

NEW YORK: Bekas jurubank Kumpulan Goldman Sachs, Roger Ng, meminta hakim Amerika Syarikat (AS) menangguhkan permulaan hukuman penjara 10 tahun kerana ingin menantikan ketibaan anak dan isterinya.

Di dijatuhi hukuman pada awal bulan lalu kerana pembabitannya dalam penyelewengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguambela, Marc Agnifilo, meminta mahkamah membenarkan Ng menangguhkan tempoh itu sehingga Ogos ini.



Agnifilo berkata, Ng tidak pernah melihat anak perempuannya, yang kini berusia 10 tahun, selama lebih empat tahun sejak ditangkap di Malaysia pada 2018.

Katanya, Ng, yang bersetuju untuk diekstradisi ke AS untuk perbicaraan di New York pada awal 2019, juga menghadapi pendakwaan di Malaysia sebaik saja dia dibebaskan.

“Disebabkan tempoh masa yang lama serta hukuman yang akan dijalani, kami menghormati permohonan Ng untuk menghabiskan masa dua bulan bersama keluarganya sebelum menyerah diri,” katanya.

Terdahulu, Hakim Daerah AS Margo Brodie menjatuhkan hukuman kepada Ng pada 9 Mac dan memerintahkannya menyerah diri kepada pegawai penjara Persekutuan pada 4 Mei.



Peguam itu berhujah, anak guamnya bebas dalam tahanan rumah dan pemantauan elektronik sejak majistret Persekutuan di Brooklyn bersetuju membebaskannya dengan jaminan AS$20 juta (RM89 juta) pada Mei 2019, dan dia tidak pernah melanggar syarat pembebasannya.

Namun, Agnifilo berkata, pendakwa raya membantah penangguhan itu.

Jurucakap Peguam Brooklyn AS Breon Peace, John Marzulli, enggan mengulas mengenai permintaan Ng.

AGENSI




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading