Polis tahan warga emas pandu lawan arus

KUCHING: Wanita yang memandu PROTON Wira melawan arus di simpang lampu isyarat Pending berhampiran Klinik Kesihatan Tanah Puteh, di sini pada Sabtu lalu, sudah ditahan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa, berkata penahanan wanita berumur 75 tahun itu dibuat selepas dia tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada Ahad lalu.

“Suspek telah diambil keterangan dan kertas siasatan akan rujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas perhimpunan bulanan IPD Kuching, di sini hari ini.



Merbin menambah, kereta yang digunakan turut dirampas dan semasa soal siasat, wanita itu mendakwa pada masa kejadian, dia tergesa-gesa untuk menjual barangan terpakai di kilang barang lusuh berhampiran.

“Memandangkan waktu operasi kilang itu hendak tutup dan disebabkan kesesakan lalu lintas, dia mendakwa mengambil keputusan tidak wajar dengan melawan arah jalan untuk ke kilang berkenaan,” katanya.

Tindakan wanita terbabit tular di media sosial dan IPD Kuching turut mengesahkan menerima satu laporan mengenai kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu secara melulu dan dengan cara yang berbahaya kepada orang lain.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading