Proklamasi bukan untuk Melayu , Tapi untuk bantu “survival” politik Mahathir dan Perikatan Nasional.

 Oleh Adam Malik

Mahathir perlu menumpang pada sesuatu bagi meneruskan nyawa politik nya yang sudah dipenghujung.

Ini kerana diwaktu penghujung ini pula , tiba tiba Mahathir bermasalah dengan kerajaan yang dipimpin oleh dua musuh yang pernah dizalimi.



Tanpa Mahathir sangka, tiba tiba Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan Zahid Hamidi pula menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Kedua dua individu ini ada lah mangsa politik jahat Tun Mahathir.

Mahathir pernah menyuruh Ahmad Zahid membubarkan UMNO namun Zahid enggan lalu Mahathir mencipta banyak kes perkena kan Zahid.



Anwar Ibrahim pula pernah didakwa meliwat oleh Mahathir, tetapi dipenjarakan atas sebab salah guna kuasa dan bukan kerana liwat.

Kemudian apabila PKR mendapat undi terbanyak pada PRU14, Anwar dan Pakatan Harapan berbesar hati memberi Mahathir menjadi Perdana Menteri selama dua tahun untuk menyerahkan jawatan itu kepada Anwar selepas itu, tapi Mahathir engkar janji.

Maka boleh dikira kedua pemimpin tertinggi negara ada lah mangsa kezaliman Mahathir.

Kini, apabila Mahathir menyedari beberapa kes sedang disiapkan oleh kerajaan hari ini terhadap kuncu dan kroni Mahathir, termasuk kes Saman Mahathir terhadap Anwar dimana Anwar sahutbcabaran saman Mahathir , maka Mahathir merasai beliau perlu ada sesuatu bentuk bantuan sokongan untuk beliau berhadapan dengan kerajaan.



Hatta, Mahathir mencipta Proklamasi Melayu untuk menjadi pelindung diri nya.

Ia jelas bukan satu perjuangan asli , bahkan hanya direka  oleh Mahathir dan apa yang perlu dilakukan oleh nya.

Salah seorang yang menjadi orang Mahathir untuk melaksana kan misi nya telah secara tidak sengaja menyebut berkenaan ajakan menyertai Proklamasi Melayu ini dan mahu membantu kemenangan Perikatan Nasional pada PRN akan datang di laman Medsos nya.

Atas sebab yang sama juga pemimpin UMNO tidak dipelawa bahkan yang anri UMNO dan *residen UMNO pula yang diajak.



Maka sah lah ia bukan untuk Melayu tetapi untuk politik Mahathir dan PN dibawah ‘sandiwara’ mahu menyelamat orang Melayu.

Yang sebenar nya semua ini untuk menyelamatkan Mahathir atas nama Proklamasi Melayu.

 

 



 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button