Suami Kantoi Ada Perempuan ‘Muda’, Isteri Nekad Serang

Tindakan seorang wanita di Indonesia yang didakwa menyerang skandal suaminya di hadapan khalayak ramai tular di media sosial dan meraih perhatian ramai.

Video insiden tersebut telah dimuat naik di laman Instagram @kabarnegri dan terjadi di Pusat Dagangan Sukaramai, Pekanbaru dalam wilayah Riau. Menerusi video pendek dikongsi, dapat dilihat seorang wanita berbaju biru serta memakai topi keledar bertindak menarik wanita lain, dipercayai skandal suaminya dari dalam sebuah kereta.

Bagaimanapun orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan pergaduhan tersebut susulan seorang wanita berbaju merah yang meminta tolong.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kabar Negri (@kabarnegri)

 

Encik tolong, Aduh tolong.

Bercerita lebih lanjut, sebaik sahaja wanita yang dipercayai menjadi skandal suaminya turun dari kereta, si isteri bertindak menyerangnya sehingga menyebabkan mereka berdua jatuh di atas jalan raya. Bagaimanapun pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh orang awam.

@kabarnegri

Leave a Reply