Harga emas kembali susut

KUALA LUMPUR: Harga emas susut sedikit pada Isnin apabila pelabur mula beralih kepada pelaburan yang lebih berisiko di Asia, meskipun nilau dolar yang lemah memberikan sedikit sokongan kepada permintaan jongkong emas yang disandar pada dolar AS.

Harga emas spot susut 0.2 peratus kepada AS$1,849.37 (kira-kira RM8,079.90) seaun setakat 0044 GMT, sementara harga kontrak hadapan emas AS turun 0.2 peratus kepada AS$1,848.50.

Pasaran saham Asia pula menjejaki Wall Street untuk bergerak lebih tinggi pada Isnin, manakala nilai dolar AS menurun ke paras terendah dalam lima minggu apabila pelabur.

Dolar AS yang lebih lemah menjadikan harga jongkong emas lebih menarik bagi pembeli yang memegang mata wang lain.

Pada Jumaat lalu, harga emas naik sedikit dan mencatatkan kenaikan mingguan kedua berturut-turut, disokong penurunan nilai dolar dan hasil Perbendaharaan AS, manakala kebimbangan langkah mengetatkan dasar monetari oleh Rizab Persekutuan AS semakin reda.

Perbelanjaan pengguna AS meningkat lebih daripada jangkaan pada bulan April apabila isi rumah meningkatkan pembelian barangan dan perkhidmatan, manakala kenaikan inflasi menjadi perlahan, yang boleh menyokong pertumbuhan ekonomi pada suku kedua di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat terhadap kemelesetan.

Spekulator membeli emas di pasaran COMEX untuk pelaburan jangka panjang, berdasarkan data pada Jumaat.

Pejabat kerajaan persekutuan, pasaran saham dan bon serta Rizab Persekutuan AS akan ditutup pada hari Isnin sempena cuti umum ‘Memorial Day’ di AS.

Harga spot perak pula susut 0.2 peratus kepada AS$22.05 setiap auns dan platinum susut 0.2 peratus kepada AS$951.81, manakala paladium naik 0.1 peratus kepada AS$2,065.02.

Reuters

Leave a Reply