Helmi bangkit tebus kecewa

KUALA LUMPUR: Selepas terlepas podium kategori SuperSport 600cc (SS600) semalam, pelumba negara, Md Helmi Azmanof bangkit untuk menjuarai perlumbaan kedua Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Pelumba Boon Siew Honda Racing itu mempamerkan tunggangan konsisten apabila dia yang bermula di petak kelima berjaya memimpin saingan bermula pusingan keenam sekali gus menjadi yang pertama melintasi garisan penamat dengan catatan masa 21 minit 53:861 saat (s).

Semalam, Helmi sekadar berada di kedudukan keempat dalam perlumbaan pertama.



“Pasukan bekerja keras bagi memastikan jentera kami berada pada tahap terbaik. Saya gembira strategi kami menjadi untuk saya dan rakan sepasukan, Khairul Idham Pawi.

“Cuaca di Sepang sangat panas tetapi jentera tetap pantas dan saya bersyukur dengan kemenangan ini,” katanya.

Perlumbaan kedua hari ini menyaksikan tempat kedua menjadi milik pelumba pasukan Astra HONDA Racing Team manakala KhairulIdham ketiga.

Sementara itu, pelumba Jepun, Haruki Noguchi dari SDG Motor Sports HARC-PRO PH mengungguli saingan utama kelas Asian Superbike 1000cc (ASB1000) dalam perlumbaan kedua hari ini catatan masa 25:44:793s.



Dia mengatasi dua pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi (Honda Asia-Dream Racing with SHOWA) dan Adam Norrodin (ONEXOX BMW TKKR TEAM) selepas masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

“Ia perlumbaan yang sangat kompetitif dalam perlumbaan satu dan dua tetapi hari ini kami lebih baik. Saya berterima kasih kepada pasukan yang sentiasa memberi sokongan sepanjang perjalanan saya,” kata Noguchi.

Keputusan

Kategori ASB1000



1. Haruki Noguchi, SDG Motor Sports HARC-PRO Ph., 25:44:793s

2. Md Zaqhwan Zaidi, Honda Asia-Dream Racing with SHOWA, 25:48:926s

3. Adam Noroddin, ONEXOX BMW TKKR TEAM, 25:49:248s

4. Kasma Daniel Kasmayudin, YAMAHA GEN BLU Racing Team ASEAN, 25:49:342s



5. Apiwath Wongthananon, YAMAHA Thailand Racing Team, 25:49:585s

Kategori SS600

1. Md Helmi Azman, Boon Siew HONDA Racing Team, 21:53:36

2. Andi Farid Izdihar, ASTRA HONDA Racing Team, 21:53:444s



3. Khairul Idham Pawi, Boon Siew HONDA Racing Team, 21:53:861s

4. Nakarin Atiratphuvapat, HONDA Racing Team, 21:58:323s

5. Galang Hendra Pratama, YAMAHA RACING INDONESIA, 22:12:316s

Katgeori AP250



1. Andy Muhamad Fadly, Motul Sniper Manual Tech Racing Team, 19:45:362s

2. Aiki Iyoshi, Motul Sniper Manual Tech Racing Team, 19:45:446s

3. Rheza Danica Ahrens, ASTRA HONDA Racing Team, 19:45:512s

4. Aldi Satya Mahendra, YAMAHA Racing Indonesia, 19:45:653s5. Md Adenanta Putra, ASTRA HONDA Racing Team, 19:45:868s

Kategori UB150

1. Nazirul Izzat Md Bahauddin, UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team, 15:46:582s

2. Md Kiandra Ramadhipa, SCK HONDA Racing Team, 15:46:626s

3. John Emerson Inguito, 4S1M YAMAHA Racing Team, 15:46:657s

4. Peerapong Luiboonpeng, Team One For All, 15:46:689s

5. Md Izzat Zaidi Md Salehan, Pitsbike JRT OneWay, 15:46:706s

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button