F1: Max Verstappen luah kebimbangan

F1: Max Verstappen luah kebimbangan

F1: Max Verstappen luah kebimbangan
VERSTAPPEN menamakan McLaren sebagai salah satu calon pencabar terkuatnya untuk saingan musim depan. – AFP

LONDON – Juara dunia Formula Satu (F1) tiga kali berturut-turut, Max Verstappen menghormati pasukan McLaren selepas melihat ‘ancaman’ yang mampu diberikan pasukan itu terutama peningkatan prestasi dua pemandu mereka, Lando Norris dan Oscar Piastri.

Pada musim 2023, Verstappen mamacu Red Bull dengan kejayaan luar biasa apabila melakar 19 kali kemenangan daripada 22 perlumbaan dan hanya menerima tekanan beberapa kali dari Ferrari, Mercedes, McLaren mahupun Aston Martin.

Bagaimanapun, Verstappen percaya tugasnya untuk mengekalkan kejuaraan musim depan tidak mudah, malah mengakui McLaren mampu mengulangi pencapaian terbaik seperti yang dilakukan musim lalu.



“Saya akui untuk mengulangi kejayaan yang sama seperti musim 2023 akan menjadi sangat sukar. Kami perlu menganggap bahawa lawan kami semakin hampir mengejar kami.

“Kelebihan besar pada 2023 ialah kami satu-satunya pasukan yang mampu memenangi hampir setiap perlumbaan. Kini, semua bergantung kepada pasukan lawan terutama berapa banyak mereka melakukan perubahan menjelang musim 2024 ini.

“Saya amat menghormati McLaren. Kami perlu melihat di mana mereka berada pada awal tahun dan bagaimana mereka boleh berada di hadapan. Saya fikir mereka juga boleh menjadi sangat kuat pada musim akan datang,” kata Verstappen.

Verstappen kini sedang mengejar gelaran dunia F1 keempat berturut-turut kerana dalam sejarah perlumbaan hanya lima pemandu berjaya melakar empat gelaran atau lebih secara berturut-turut iaitu Michael Schumacher dan Lewis Hamilton (7 kali), Juan Manuel Fangio (5 kali), Alain Prost dan Sebastian Vettel (4 kali). – AGENSI



F1: Max Verstappen luah kebimbangan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button