Piala FA: Guardiola enggan ambil risiko

Piala FA: Guardiola enggan ambil risiko

Piala FA: Guardiola enggan ambil risiko
DE BRUYNE (tiga dari kanan) kembali menjalani latihan penuh bersama City, namun dia mungkin hanya beraksi sebagai pemain gantian berdepan Huddersfield malam ini. – FB MANCHESTER CITY

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola enggan tergesa-gesa untuk menurunkan pemain tengah, Kevin De Bruyne pada pusingan ketiga Piala FA menentang Huddersfield Town di Stadium Etihad malam ini.

Beliau percaya The Citizens perlu bijak menyusun minit permainan pemain antarabangsa Belgium itu apabila dia terpaksa berehat selama lima bulan sebelum ini ekoran pembedahan hamstring yang dijalani.

Selepas kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukan, pemain terbaik tahunan PFA dua kali itu dilaporkan akan berada dalam skuad dan mungkin dimasukkan sebagai pemain gantian ketika berdepan Huddersfield.



“Memang benar dia mengalami kecederaan yang serius sebelum ini dan menjadi kebimbangan untuk kami. Kami akan berjaga-jaga bagi memastikan kecederaan De Bruyne tidak kembali berulang.

“Sekarang kami perlu bijak untuk menyusun minit permainannya kerana dia perlukan perlawanan untuk kembali menyesuaikan diri. Satu malapetaka untuk kami jika dia cedera semula,” katanya.

Bekas jurulatih Barcelona itu turut menegaskan, beliau lebih mementingkan tahap kecergasan fizikal dalam setiap perlawanan berbanding kesungguhan pemain untuk beraksi walaupun belum cergas sepenuhnya.

“Ada sesetengah pemain mereka bersungguh-sungguh untuk diturunkan walaupun kondisi tidak mengizinkan. Sebab itu saya akan berbincang dengan doktor dan pakar fisioterapi pasukan sebelum membenarkan mereka bermain,” ujar Guardiola. – AGENSI



Piala FA: Guardiola enggan ambil risiko

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading