Betamek labur RM3 juta untuk pembangunan perisian

Betamek labur RM3 juta untuk pembangunan perisian

Betamek labur RM3 juta untuk pembangunan perisian
Betamek labur RM3 juta untuk pembangunan perisian

PETALING JAYA: Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) Betamek Berhad (Betamek) membuat pelaburan dalam pembangunan dan pelaksanaan perisian serta sistem bagi memudahkan pengautomasian kilang ke arah Perindustrian 4.0 (IR 4.0).

Pengarah Urusannya, Mirzan Mahathir berkata, bagi meneruskan proses automasi dan sistem perniagaan teras, syarikat kini dalam proses menggunapakai perisian serta sistem yang khusus dan bersesuaian untuk melengkapkan lagi operasi perniagaannya.

Katanya, ini akan membolehkan pemantauan dan pengawalan proses rumit dengan lebih baik dilaksanakan dalam proses pengeluaran.

“Perisian dan sistem ini akan mewujudkan satu rangkaian yang menghubungkan fasiliti pembuatan kami.



“Ini termasuk sistem pergudangan pintar dan sistem pengendalian bahan yang merangkumi sistem pelaksanaan pembuatan berkomputer bagi pengurusan pergerakan bahan input, bahan yang sedang diusahakan dan produk siap di peringkat pengeluaran dengan lebih baik lagi,” katanya dalam kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di’zalimi’?


Pada masa ini, operasi pemasangan papan litar bercetak syarikat adalah secara automatik dan dikendalikan menerusi kaedah teknologi pelekap permukaan, seiring dengan mesin pemeriksaan optik automatik yang menggabungkan sistem pemeriksaan tiga dimensi.



Mirzan berkata, syarikat itu berhasrat untuk mengautomasikan beberapa tugasan berulangan dan menggunakan banyak tenaga kerja dalam proses pembuatan bagi menambah baik aspek kelajuan, produktiviti, kualiti serta mengurangkan kesilapan atau pembaziran manusia.

“Kami telah mengenal pasti penggunaan mesin pematerian robotik yang akan diintegrasikan dalam barisan sub pemasangan. Pada masa ini, proses pematerian kami dipermudahkan oleh pematerian gelombang dan pematerian manual.

“Mesin pematerian robotik ini dijangkakan dapat membantu mengurangkan kos penggunaan tenaga kerja, memastikan kualiti pematerian dan mencapai kadar pengeluaran yang lebih tinggi.

“Mesin pematerian ini tidak akan menggantikan pematerian manual atau gelombang sepenuhnya. Bagaimanapun, ini dijangkakan dapat melengkapkan lagi proses pematerian manual kami,” ujarnya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Genap setahun Najib di Kajang, adakah akan terus dianiaya?


Oleh itu, Betamek berkata, pihaknya telah memperuntukkan sejumlah RM3 juta bagi pembelian mesin dan peralatan tambahan seperti mesin pemeriksaan x-ray, stesen kerja semula tata susunan grid bola, penghala papan litar bercetak dan mesin pematerian bagi meningkatkan
kualiti, kecekapan dan produktiviti.

“Proses pematerian syarikat pada masa ini dipermudahkan oleh pematerian gelombang dan manual.



“Mesin pematerian robotik itu dijangka dapat membantu mengurangkan kos tenaga kerja, memastikan kecekapan dalam kualiti pematerian dan mencapai kadar pengeluaran yang lebih tinggi,” ujarnya. – UTUSAN

Betamek labur RM3 juta untuk pembangunan perisian


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Azmin Mula Menyerang Muhyiddin, Adakah PAS Di Belakangnya?



 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading