Mane sudah sedia ke Bayern

LONDON: Sadio Mane dilaporkan sudah bersetuju dengan perjanjian tiga tahun bersama juara Jerman, Bayern Munich.

Bintang Liverpool itu dikatakan sudah mengambil keputusan manamatkan kariernya di Anfield selepas enam tahun di kelab berkenaan.

Mane mahu ke Munich untuk projek seterusnya selepas berbincang dengan bos Bayern, Julian Nagelsmann menurut wartawan dari Liverpool, DaveOCKOP di Twitter.

Bagaimanapun kedua-dua kelab masih belum menyelesaikan yuran perpindahan buat pemain berusia 30 tahun itu.

Wakil dari Liverpool dan Bayern, yang masing-masing mengumpul enam gelaran juara Eropah sudah memulakan perbincangan rasmi semalam.

Ada juga minat ditunjukkan gergasi Eropah lain seperti Barcelona dan Paris Saint-Germain.

Daily Mail melaporkan Reds hanya akan menerima tawaran sekurang-kurangnya £35 juta (RM191.90 juta) buat Mane.

Pemain Senegal itu memainkan peranan besar dalam menukar Liverpool menjadi antara kelab terbaik dunia.

Dia juga menjaringkan 120 gol dalam 269 perlawanan buat kelab sambil menang enam trofi.

AGENSI

Leave a Reply