Selepas Kyrgyzstan, Taiwan Pula Di Bedal Harimau Malaya Dalam Kelayakan Piala Dunia

Selepas Kyrgyzstan, Taiwan Pula Di Bedal Harimau Malaya Dalam Kelayakan Piala Dunia

Selepas Kyrgyzstan, Taiwan Pula Di Bedal Harimau Malaya Dalam Kelayakan Piala Dunia

Harimau Malaya meneruskan aksi cemerlang pada aksi perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 dengan mengatasi Taiwan 1-0.

Penyerang Sabah, Darren Lok menjaringkan gol tunggal Harimau Malaysia pada aksi di Stadium Perbandaran Taipei.

Lok menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-72.



Beliau mengambil kesempatan setelah berlaku keadaan kelam-kabut di depan pintu gol Taiwan.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama walaupun Harimau Malaya lebih banyak mengasak.

Akhyar Rashid mendapat peluang awal bagi meletakkan Harimau Malaya di hadapan pada minit ke-28.

Peluang muncul setelah beliau berjaya memperdaya dua pertahanan Taiwan, tetapi percubaannya tersasar.



Peluang terbaik skuad negara hadir sekali lagi pada minit ke-40 menerusi rembatan voli Stuart Wilkin tapi diselamat penjaga gol Taiwan, Wen Chieh.

Harimau Malaya sekali lagi kecewa selepas percubaan Faisal Halim pada minit ke-43 pula sekadar singgah di tiang gol.

Malaysia kini mengumpul enam mata selepas menang dua perlawanan, terdahulu menewaskan Kyrgyzstan 4-3 di Stadium Bukit Jalil, 16 Nov lalu.

Harimau Malaya akan berdepan satu lagi ujian getir bertemu Oman pada 21 Mac 2024 nanti.



Tahniah kita ucapkan kepada skuad Harimau Malaya atas dua kejayaan berturut-turut di pentas antarabangsa.

Selepas Kyrgyzstan, Taiwan Pula Di Bedal Harimau Malaya Dalam Kelayakan Piala Dunia

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading