108 juta penduduk dunia dipaksa berpindah pada 2022

108 juta penduduk dunia dipaksa berpindah pada 2022

108 juta penduduk dunia dipaksa berpindah pada 2022
Kanak-kanak pelarian Sudan berlindung di sempadan negara itu dengan Chad selepas melarikan diri dari keganasan di Darfur, Sudan. – Foto REUTERS

GENEVA: Kira-kira 108.4 juta orang dipindahkan secara paksa di seluruh dunia pada 2022 akibat penganiayaan, konflik, keganasan dan pencabulan hak asasi manusia, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan pada Rabu.

Demikian laporan Trend Global Pemindahan Paksa 2022 oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).

Ia merangkumi 62.5 juta orang hilang tempat tinggal, 35.3 juta pelarian, 5.4 juta pencari suaka dan 5.2 juta orang yang memerlukan perlindungan antarabangsa, lapor Agensi Anadolu.



Beban paling berat ditanggung oleh negara berpendapatan rendah dan sederhana kerana mereka menampung 76 peratus pelarian dunia dan orang lain yang memerlukan perlindungan antarabangsa.

Negara paling kurang membangun menyediakan perlindungan kepada 20 peratus daripada jumlah keseluruhan manakala 70 peratus daripada jumlah keseluruhan itu mencari perlindungan di negara jiran asal mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS




Laporan itu menyatakan Turkiye menempatkan masyarakat pelarian terbesar di dunia dengan hampir 3.6 juta pelarian, diikuti Iran (3.4 juta), Colombia (2.5 juta) dan Jerman (2.1 juta).

Berbanding penduduk negara mereka, Lubnan dan Aruba menempatkan jumlah pelarian terbesar dan orang yang memerlukan perlindungan antarabangsa.

Sementara itu, kanak-kanak, yang menyumbang 30 peratus daripada penduduk dunia, mewakili 40 peratus daripada semua orang yang dipindahkan secara paksa, menurut laporan itu.

Menurut laporan sama, AS adalah penerima terbesar permohonan individu baharu di dunia dengan 730,400 permohonan daripada jumlah keseluruhan 2.6 juta pada 2022.



Jerman mengikuti AS dengan 217,800 pelarian, Costa Rica, Sepanyol dan Mexico melengkapkan lima penerima teratas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.


Menurut Agensi Anadolu, laporan itu menyatakan bahawa 52 peratus daripada keseluruhan pelarian dan orang lain yang memerlukan perlindungan antarabangsa datang dari tiga negara iaitu Syria (6.5 juta), Ukraine (5.7 juta) dan Afghanistan (5.7 juta).



Selain itu, jumlah pelarian di seluruh dunia meningkat sebanyak 35 peratus, atau 8.9 juta orang, kepada 34.6 juta pada akhir 2022.

Peningkatan itu sebahagian besarnya disebabkan oleh pelarian dari Ukraine yang melarikan diri daripada konflik bersenjata di negara mereka dan menyemak semula anggaran warga Afghanistan di Iran dan Pakistan.

“Angka-angka ini menunjukkan kepada kita bahawa sesetengah orang terlalu cepat untuk tergesa-gesa terbabit dalam konflik dan terlalu lambat untuk mencari penyelesaian.

“Akibatnya ialah kemusnahan, perpindahan dan kesedihan bagi setiap berjuta-juta orang yang terpaksa meninggalkan rumah mereka,” kata Filippo Grandi, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian. – BERNAMA-AGENSI ANADOLU



108 juta penduduk dunia dipaksa berpindah pada 2022


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading