Haaland bawa Norway atasi Serbia

BELGRADE: Gol menerusi voli babak pertama Erling Haaland memberikan Norway kemenangan mengejut 1-0 di Serbia ketika mereka memulakan kempen Kumpulan B4 Liga Negara-Negara awal pagi tadi.

Bagaimanapun mereka memerlukan ketangkasan penjaga gol, Orjan Nyland bagi memastikan kemenangan berkenaan.

Pelawat mendahului pada minit ke-26 apabila Martin Odegaard memecahkan pertahanan dengan hantaran cantik kepada Marcus Pedersen yang menyilangkan bola kepada Haaland sebelum penyerang itu meledak dari jarak dekat pada babak pertama.

Serbia mendominasi posisi dan memberikan tekanan berterusan pada babak kedua namun Nyland banyak menyelamatkan pintu golnya dan memastikan tiga mata buat pasukan.

Serbia akan melayan kunjungan Slovenia pada Ahad manakala Norway akan menentang lawan dari Scandinavia yang uuga pendahulu kumpulan, Sweden di Stockholm.

REUTERS

Leave a Reply