119 sokongan, bila Muhyiddin mahu buat sidang media?

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin belum lagi membuat sebarang sidang media berkaitan dakwaan angka 119.

Angka ini didedahkan oleh Presiden WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal di Sabah. Beliau berkata, Muhyiddin menyatakannya menerusi panggilan telefon.



Bagaimanapun, Muhyiddin menafikan perkara tersebut. Dalam pada itu, Shafie mendedahkan Muhyiddin mengakui telah berbincang dengan Setiausaha Agung DAP dan Presiden PKR untuk membentuk kerajaan dengan 119 sokongan.

Muhyiddin turut menafikan perbincangan membentuk kerajaan bersama DAP dan PKR sebaliknya mendakwa perbincangan tersebut dilakukan secara tidak rasmi.

Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan sebelum ini kalah dalam 2 Pilihanraya Negeri, Melaka dan Johor. Ini mendorong untuk perbincangan dibuat bagi mencari formula mengalahkan BN dalam PRU15 akan datang.



PPBM PERNAH BERSAMA DAP, AMANAH & PKR SEBAGAI GABUNGAN 

PPBM sebelum ini merupakan sekutu kuat dalam Pakatan Harapan bersama dengan AMANAH, DAP dan PKR. Parti tersebut menarik diri dari gabungan berikutan ‘Langkah Sheraton’ menyaksikan Perdana Menteri, Tun Mahathir meletakkan jawatan.

Persoalannya, jika Muhyiddin menafikan 119 sokongan seperti didakwa Shafie, mengapa beliau tidak berdepan dengan wartawan dan hanya mengeluarkan kenyataan media? Apa yang perlu beliau gusarkan dengan pertanyaan oleh media?

Adakah Muhyiddin takut berdepan pihak media bagi menangkis dakwaan Shafie? Dalam hal ini, siapa yang berbohong sebenarnya antara mereka berdua?

Najib Razak, dalam pada itu mencabar agar Muhyiddin bertindak ‘menekan butang’ sekiranya beliau telah ada 119 sokongan bagi membolehkan pertukaran kerajaan.



Muhyiddin nafi, tidak berani saman Shafie Apdal?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button