Muhyiddin nafi, tidak berani saman Shafie Apdal?

Muhyiddin Yassin

 

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau ada 119 sokongan seperti didakwa Shafie Apdal. Bagaimanapun, Muhyiddin tidak berani kemukakan saman terhadap Presiden WARISAN atas dakwaan tersebut.

Shafie sebelum ini mendakwa Muhyiddin telah menghubunginya bagi mendapatkan sokongan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, bagaimanapun Shafie menolak ajakan Muhyiddin.



MUHYIDDIN ATAU SHAFIE MENIPU RAKYAT?

Di antara Shafie dan Muhyiddin siapa yang bercakap benar? Jika Muhyiddin menafikan kenyataan Shafie, wajarlah beliau menyaman Presiden WARISAN kerana telah melemparkan persepsi buruk terhadapnya. 

Dakwaan Shafie tidak boleh dipandang rendah kerana ia melibatkan pentadbiran negara memandangkan Muhyiddin merupakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Apa sahaja dakwaan yang boleh menjatuhkan reputasi Muhyiddin akan mempengaruhi imej beliau di mata rakyat. Dikenali sebagai ‘PM Gagal’, Muhyiddin perlu memandang serius kenyataan Shafie.

MoU PEMBANGKANG & KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA SEHINGGA PARLIMEN DIBUBARKAN

Bagaimanapun, jika benar beliau sudah mempunyai sokongan yang kuat , maka seeloknya ia dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Ini bagi membolehkan proses peralihan berjalan lancar sekiranya enggan parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat.



Tempoh mandat PRU14 masih berbaki lebih kurang 11 bulan untuk matang. MoU antara Kerajaan Keluarga Malaysia dan pembangkang hanya berakhir bila parlimen dibubarkan. Namun, perjanjian untuk tidak membubarkan parlimen sehingga 31 Julai 2022 telah dipersetujui bersama. 

Ini bermakna, Muhyiddin masih boleh kembali sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau boleh membuktikan 119 sokongan seperti didakwa Shafie Apdal.

119 Ahli Parlimen telah tandatangan Akuan Bersumpah?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button