Wanita maut dalam kebakaran di Jonker Walk

MELAKA: Wanita warga emas maut dalam kebakaran rumah kedai dua tingkat di Jonker Walk, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa ditemui mati di tingkat atas unit rumah kedai yang didiami, sejak lebih 70 tahun dulu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Koo Kim Foong.

Katanya, anak mangsa memaklumkan wanita itu tinggal seorang diri.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan kematian mengejut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan oleh unit Forensik Bomba bagi mengetahui punca kebakaran,” katanya.

BHOnline

Leave a Reply