Kemalangan babit kereta peronda polis di Manjung kes lama – Polis
Kemalangan babit kereta peronda polis di Manjung kes lama – Polis
IPOH: Rakaman video kemalangan membabitkan dua kenderaan dan sebuah kereta peronda polis sebagaimana dipaparkan dalam laman Facebook ‘B40 Buat Perangai Apa Hari Ini’, adalah visual lama yang ditularkan kembali.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah ketika mengesahkan perkara itu berkata, kes berkenaan sudah selesai dengan mahkamah menjatuhi hukuman ke atas pesalah, empat tahun lalu.
“Kita mengesan satu hantaran dimuat naik oleh pemilik akaun bernama ‘Jack’ dalam laman sosial Facebook, kira-kira jam 3 petang tadi.
“Hasil siasatan mendapati kemalangan membabitkan dua kenderaan dan sebuah kereta peronda polis berlaku pada 21 Jun 2019,” menurutnya dalam satu kenyataan, di sini, malam ini.
Beliau memaklumkan, kemalangan itu berlaku di lampu isyarat di Jalan Mempisang, Seri Manjung, apabila kereta peronda polis yang membawa seorang tahanan lelaki dari arah Hospital Seri Manjung ke Balai Polis Sitiawan, telah dilanggar sebuah kereta jenis Honda Civic yang menghala ke Kampung Cina.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir dan Muhyiddin tidak berani sanggah dakwaan Anwar kaitan mahu haramkan UMNO
- Sanusi Di Tahan Polis Jam 3 Pagi Di Mont Kiara
“Pada masa sama, sebuah kereta Proton Saga yang tidak sempat menekan brek telah melanggar belakang kereta peronda polis berkenaan,” katanya.
Susulan siasatan dijalankan, Mohamed Nordin berkata, Timbalan Pendakwa Raya telah mengarahkan pemandu Honda Civic didakwa kerana tidak memberi keutamaan lalu lintas kepada kenderaan polis, bomba dan ambulans yang sedang bergerak dalam kecemasan.
Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya menyemak terlebih dulu kesahihan dan kebenaran sesuatu berita sebelum membuat perkongsian dalam mana-mana platform sosial media, serta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh membimbangkan masyarakat. – BERNAMA
Kemalangan babit kereta peronda polis di Manjung kes lama – Polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sanusi Lebih Drakonian Dalam Menggunakan Kuasa
- Siapa Yang Melindungi Aktiviti Perlombongan Haram Di Kedah?
- Parti Islam PAS sanjung Kluster Mahkamah.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :