Pembantu rumah dakwa didera, majikan pula tuduh barang dan wang lebih RM10,000 dilarikan

Pembantu rumah dakwa didera, majikan pula tuduh barang dan wang lebih RM10,000 dilarikan

Pembantu rumah dakwa didera, majikan pula tuduh barang dan wang lebih RM10,000 dilarikan

JOHOR BAHRU: Selepas tular video dalam media sosial memaparkan seorang pembantu rumah warga asing mendakwa didera majikan sehingga terpaksa melarikan diri untuk mendapatkan bantuan, pihak majikan berkenaan pula membuat laporan polis dengan menuduh wanita itu melarikan pelbagai barangan dan wang tunai bernilai lebih RM10,000 miliknya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 10.48 malam daripada seorang wanita tempatan berusia 52 tahun, semalam, mendakwa pembantu rumahnya melarikan diri bersama barangan berharga dan wang tunai milik majikan berjumlah RM10,850.



“Pembantu rumah yang juga wanita warga asing berusia 31 tahun itu didakwa melarikan diri dari rumah majikannya di Taman Pelangi, di sini, pada jam 11.21 pagi kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Raub berkata, pembantu rumah itu dipercayai membawa sebuah beg berwarna biru dan melarikan diri dengan memanjat pagar hadapan rumah majikannya.

Beliau berkata, wanita itu dikatakan memakai baju kemeja-T berwarna hitam dengan belang kuning di bahagian dada dan berseluar merah ketika kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?




“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan,” katanya.

Semalam, tular video dimuat naik individu dikatakan pemandu e-hailing yang mendakwa menemui seorang wanita warga asing sedang berlari di tepi jalan sambil menangis dan meminta bantuan.

Berdasarkan video itu, wanita terbabit mendakwa baru dua minggu tiba di Johor untuk bekerja sebagai pembantu rumah tetapi trauma akibat dipukul dan tidak diberi makan oleh majikan.



Terdahulu, Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru mengesahkan ada menerima kehadiran individu dipercayai wanita warga asing itu, kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Konsul Bagian Penerangan dan Sosial Budaya KJRI Johor Bahru, Rizali Noor, berkata hasil temu bual mendapati wanita itu tiba di Malaysia pada 15 Jun lalu, namun tidak mengetahui nama serta alamat majikan atau agensi terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perikatan Nasional jangan putar belit isu Sanusi




Katanya, wanita itu mengaku sudah bekerja selama dua minggu dan mendakwa didera majikan sebelum melarikan diri, kelmarin.

Beliau berkata, wanita terbabit kemudian dihantar pemandu e-hailing ke KJRI Johor Bahru untuk mendapatkan bantuan pulang ke Indonesia.

Berikutan itu, Rizali berkata, pihaknya sudah melakukan proses menghantar pulang wanita terbabit dengan membantu dalam pengurusan pas khas dan ‘Check Out Memo’ (COM) daripada Jabatan Imigresen Malaysia.

“KJRI telah melaksanakan proses pulang warga Indonesia itu sesuai ketentuan (mengikut syarat) ditentukan Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya sambil memaklumkan wanita terbabit pulang ke Batam, Indonesia, melalui Pelabuhan Stulang Laut, di sini, semalam.



Pembantu rumah dakwa didera, majikan pula tuduh barang dan wang lebih RM10,000 dilarikan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading