Taktik alih perhatian, Mahathir umum pertahan Langkawi

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Pengerusi PEJUANG, Tun Mahathir Mohamad mengumumkan akan mempertahankan kerusi Langkawi jika tiada calon lain yang layak bertanding.

Mahathir pernah memberitahu Agensi Berita Kyodo, beliau enggan lagi bertanding dalam pilihanraya akan datang.

MAHATHIR UMUM TIDAK BERTANDING PRU15

Bagaimanapun dalam kenyataan terbaru Mahathir, beliau menyatakan akan mempertimbangkan untuk bertanding pada PRU15.

Seperti lazimnya, taktik Mahathir apabila mengumumkan sesuatu yang boleh menarik perhatian hanyalah satu pengalihan perhatian dari isu tertentu berkait dirinya.

Taktik politik Mahathir sudah ‘terlalu ranum’ dan sangat mudah ‘dibaca’, tidak seperti beliau waktu muda dahulu.

Mudah bicara, apabila Tommy Thomas mendedahkan siapa dalang skandal 1MDB, Tim Liessner dedahkan nama Tawfiq Ayman diikuti Raja Petra dedahkan Nazlan terbabit dalam penubuhan SRC, nampak semua jalan cerita saling berkait.

Lebih menggemparkan apabila Kerajaan Negeri Johor membuat kenyataan mahu mengheret PENGKHIANAT yang telah menyebabkan Johor khususnya kehilangan Pedra Branca (Pulau Batu Puteh) ke Mahkamah, Mahathir menjadi tumpuan utama.

Beliau yang membuat kontroversi apabila meninggalkan Badan Siasatan Pulau Batu Puteh dengan alasan enggan bertemu Tan Sri Apandi Ali, ia seakan memberi isyarat jelas Mahathir berada dalam ‘ketakutan’.

Mahathir Mohamad

Alasan Mahathir mengenai Apandi Ali juga dikira tidak logik kerana beliau sudah sedia maklum, Jawatankuasa Badan Siasatan tersebut dipengerusikan bekas Peguam Negara itu.

Itulah watak sebenar Mahathir dalam bermain politik. Jika sesuatu perkara tidak memberi kelebihan buat beliau, taktikal peralihan perhatian akan digunakan untuk ‘menyelamatkan tengkuk’.

Itu baru isu Pulau Batu Puteh, belum lagi isu 1MDB, SRC dan skandal Forex.

Sekiranya beliau bertanding dalam PRU15, adakah rakyat akan seronok dengan tipu helah Mahathir sekali lagi?

Mahathir tunjuk ego, masih anggap diri ‘kebal’

 

Leave a Reply