Zizan Razak cuci tangan dari dunia ‘forex’

                                                                                              Foto: The Star

Pelawak dan pelakon popular Zizan Razak, 37, membuat keputusan menarik diri dari dunia pelaburan tukaran mata wang asing atau ‘forex’ atas alasan tertentu.

Berita berkaitan keputusannya itu dikongsikan Zizan menerusi hantaran di Instagram untuk pemberitahuan kepada semua pengikutnya yang menyertai aktiviti itu kerana tertarik dengan promosi dilakukannya di media sosial selama ini.

“Assalamualaikum semua. Hari ini saya telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia ‘forex’ atas alasan tertentu”, katanya berhubung hasrat untuk tidak lagi terbabit dalam urusan pelaburan tukaran mata wang asing.

Justeru, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak juga memohon maaf kepada mereka yang sudah mengikut jejak langkahnya menyertai urus niaga berkenaan sebelum ini.



“Doakan yang baik-baik untuk saya dan untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama. Insya-Allah.

“Pada sesiapa yang telah terikut saya sebelum ini, saya minta maaf Senang cerita saya sudah cuci tangan,” katanya.

Terdahulu, Zizan antara selebriti popular yang aktif berkongsi dan mempromosikan ‘trend’ urus niaga mata wang asing itu menerusi laman sosialnya.

Dia juga sebelum ini tidak lokek berkongsi tip selain memberi nasihat kepada mereka yang berminat menyertainya.



Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyambut positif keputusan dibuat oleh Zizan itu dengan menyifatkan ia tindakan terbaik untuknya meraih rezeki yang bersih.

Harian Metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button