KPDNHEP Gua Musang kluarkan dua notis arahan

Gua Musang: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan dua notis arahan terhadap kilang pembungkusan minyak masak subsidi di daerah ini semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Gua Musang Mohd Koma Shapii berkata, notis berkenaan dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap pengilang terbabit.

Katanya, serahan notis itu bagi mendapatkan maklumat rantaian belian dan pengedaran minyak masak.



“Dalam pemeriksaan itu, tindakan diambil terhadap dua pengilang bungkus minyak masak kerana gagal menyelenggara buku stok barang kawalan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 8, Akta Kawalan Bekalan 1961 itu sudah diserahkan untuk penjelasan lanjut,” katanya dihubungi hari ini.

Mohd Koma turut menasihati pengguna supaya tidak membuat pembelian panik dan hanya membeli mengikut keperluan masing-masing.

“Setiap bulan, kuota 100 tan metrik minyak masak bersubsidi diberikan kepada syarikat pengilang dan pembungkusan untuk kegunaan penduduk daerah ini.



“Kita akan terus menjalankan pemeriksaan di semua peringkat bagi mengelak berlaku ketirisan membabitkan bekalan ini,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button