Chelsea cuba dapatkan Serge Gnabry dari Bayern

LONDON: Chelsea sedang memikirkan untuk mendapatkan Serge Gnabry selepas gagal mendapatkan Raphinha.

Kelab barat London itu yang dijangka akan mendapatkan pasangan Manchester City, Raheem Sterling dan Nathan Ake, ketinggalan di belakang Barcelona dalam usaha mengejar bintang Leeds United dari Brazil, kata Sportsmail.

Difahamkan mereka sudah membuat pertanyaan terhadap pemain sayap Bayern Munich itu yang lahir hasil produk akademi Arsenal.

Beberapa pilihan lain juga sedang difikirkan pemilik baharu, Todd Boehly ketika masa semakin suntuk menghampiri musim baharu.

Tiada yuran ditetapkan terhadap pemain antarabangsa Jerman itu yang gagal mencari tempat di Emirates tetapi meningkat sebagai antara bakat penyerang terbaik di Eropah.

Bagaimanapun difahamkan kira-kira £45 juta (RM237.01 juta) diperlukan bagi memujuk gergasi Jerman itu.

Sementara itu, AC Milan mahu mendapatkan Hakim Ziyech.

Satu mesyuarat sudah diadakan dan perpindahan dijangka akan berlaku dengan Chelsea mahu pemain tengah berusia 29 tahun berhijrah secara tetap manakala kelab Itali itu mahukan secara pinjaman.

AGENSI

Leave a Reply