Ezlynn bertudung sejak Ramadan

KUALA LUMPUR: Ramadan lalu nyata memberi sisi indah buat penyanyi dan pelakon, Ezlynn Ariffin, 39, apabila membulatkan tekad untuk terus berhijab.

Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye itu berkata, dia akan bertudung setiap Ramadan, sejak tiga tahun lalu.

“Saya membiasakan diri bertudung secara perlahan-lahan. Namun, kekuatan dan ketetapan hati datang, tahun ini.

“Jujurnya, saya tak rasa apa-apa perubahan kerana sudah terbiasa bertudung. Tindakan saya tidak drastik, namun akhirnya menuju jalan pasti.



“Doakan saya terus istiqamah. Insya-Allah. Saya berhijrah kerana Allah dan tuntutan agama,” katanya kepada BH Online.

Namun, apa yang melucukan, katanya, dia runsing memikirkan gaya tudung yang sesuai dengan bentuk mukanya.

“Saya paling mudah menyarungkan tudung jenis bawal. Lagipun, saya memakai tudung bawal sejak sekolah lagi, jadi saya sudah selesa.

“Sebelum tekad bertudung, saya sudah kumpul banyak jenis tudung. Jadi, saya tiada masalah mencari tudung ketika hati sudah tekad berhijrah,” katanya.



Mengulas kerjaya seninya, Ezlynn berkata, banyak projek tergendala berikutan pandemik COVID-19.

“Saya ada perancangan muncul dengan single lagu berunsur positif ciptaan penyanyi, Waheeda Wassini.

“Bagaimanapun, buat sementara ini, saya tak boleh melunaskan meneruskan rakaman lagi,” katanya yang turut menyertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan aktif membuat kerja amal.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading