Ramalan ribut petir di pantai barat Semenanjung, Sabah dan Sarawak



Kuala Lumpur: Malaysia kini sedang menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala yang berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan ini akan berterusan sehingga esok.

Menurutnya, ramalan itu signifikan berdasarkan analisis Model Ramalan dan Kajian Cuaca MET (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir pada waktu petang hingga awal malam di kebanyakan tempat membabitkan negeri pantai barat Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah,” katanya dalam kenyataan media.



Beliau berkata, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial MetMalaysia atau aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker