Bidaan ambil alih United masuk pusingan ketiga

MANCHESTER: Pusingan ketiga dan terakhir untuk bidaan pengambilalihan Manchester United dijangka berlaku dengan tawaran terbaik akan diberikan sebelum hujung bulan ini.

Pihak yang masih berminat untuk mendapatkan pasukan itu termasuklah Sheikh Jassim Hamad al-Thani dari Qatar dan bilionair Britain, Sir Jim Ratcliffe memaklumkan kini ada dua tarikh akhir.

Tarikh akhir pertama adalah pertengahan minggu depan tertakluk kepada proses mendapatkan maklumat sebelum tarikh kedua pada 28 April adalah bagi bidaan terakhir dilakukan.



Difahamkan, pemilik United, keluarga Glazer mensasarkan penjualan penuh saham pasukan dan bukannya sebahagian pelaburan.

Mereka mahukan bidaan untuk kawalan dan pegangan penuh sebagai pertukaran kepada suntikan wang tunai namun spekulasi mencadangkan pengambilalihan penuh daripada pihak baharu mungkin berlaku.

Bank berpangkalan di New York, Raine Group yang terbabit dalam urusan penjualan itu enggan memberikan sebarang komen, begitu juga wakil Sheikh Jassim dan Ratcliffe.

Keputusan untuk mengadakan satu lagi pusingan bidaan dipercayai susulan Glazers belum tertarik dengan harga yang dimahukan bagi melepaskan pasukan terbabit.



AGENSI


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading