Dedahkan perjanjian sebenar PN-Ismail Sabri

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Dedahkan perjanjian sebenar PN-Ismail Sabri



Perikatan Nasional menzahirkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, sebalik kejayaan kelulusan RUU Anti Lompat Parti.

Mendakwa Ismail tidak memenuhi terma penting dalam perjanjian antara PN dan PM, sewajarnya Perikatan Nasional mendedahkan apa sebenarnya perjanjian tersebut.

Jika sebelum ini, perjanjian tersebut telah didedahkan kepada umum, dengan kenyataan terbaru Perikatan Nasional ia telah menimbulkan persoalan, adakah perkara lain yang tidak tertera termasuk dalam perjanjian?

Apa terma dan syarat yang tidak dipenuhi Ismail Sabri?



 

Dedahkan perjanjian sebenar PN-Ismail Sabri

 

Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak memberi maklumat sebenar perjanjian dan hanya mengeluarkan kenyataan media. Ini menimbulkan sedikit konflik samada ia berbentuk ‘ancaman politik’ atau ‘pembunuhan karektor’ terhadap Ismail Sabri Yaakob.



Sepertimana semua maklum, PN telah kalah dalam 2 PRN lepas, Melaka dan Johor. Menjelang tarikh akhir MoU antara Pakatan Harapan dan PM (disahkan tidak akan disambung), sudah pasti pembubaran parlimen boleh dipertimbangkan Ismail Sabri.

Ini bakal menjejaskan kekuatan PN dalam Kerajaan Keluarga Malaysia bila tiada kalangan wakil mereka diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Keluarga Malaysia

Walau dengan 2 Menteri Kanan mewakili Perikatan Nasional berada dalam kabinet Keluarga Malaysia, ia dirasakan belum menjamin kedudukan tersebut kekal sehingga selepas PRU15. Gusar kedudukan tersebut tergugat, PN menuntut jawatan TPM bagi mengimbangi pengaruh UMNO dalam menghadapai PRU15 kelak.



Oleh demikian, Ismail Sabri perlu mematuhi perjanjian sebagaimana dipersetujui terdahulu. Namun begitu, mungkin terdapat klausa tertentu yang tidak didedahkan kepada umum dan hanya PN dan Ismail Sabri sahaja yang tahu perkara tersebut.

Kini, terpulang kepada Perikatan Nasional samada mahu meneruskan kerjasama bersama Ismail Sabri atau mengambil tindakan serius untuk membubarkan parlimen. Rakyat sudah jemu dengan drama ‘tarik rambut’ yang disajikan saban hari.

Mereka mahukan sebuah kerajaan yang boleh menumpukan perhatian serta fokus terhadap banyak isu termasuk menangani hal ekonomi negara. Bukannya sebuah kerajaan yang boleh diugut sembarangan setiap kali kehendak tidak dipenuhi.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button