Lelaki maut motosikal terbabas

Petaling Jaya: Seorang lelaki maut, manakala rakannya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabas di Jalan Kepong-Sungai Buloh, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 5.46 pagi tadi.

“Difahamkan kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal Yamaha 15ZR dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing ke Selayang.



“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mereka terbabas sendiri menyebabkan penunggang motosikal berkenaan berusia 28 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pembonceng motosikal berkenaan berusia 25 tahun pula dilaporkan parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232,” katanya.



METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading