MKT ada bincang tarikh PRU15 – “sumber”

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

MKT ada bincang tarikh PRU15 - "sumber"



 

Sebalik ‘misteri’ yang menyelubungi mesyuarat MKT Umno tempohari, ada “sumber” lain menyatakan ada perbincangan mengenai tarikh PRU15.

Kedengaran desas-desus tarikh PRU15 sudah ada namun hanya Perdana Menteri sahaja tahu tarikh sebenar pembubaran Parlimen.

Namun demikian, semua ahli MKT telah diminta untuk tidak memberi komen atau mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perbincangan tersebut kepada wartawan.



Dalam laporan lain, ada menyebut seorang ahli MKT menyatakan tidak ada perbincangan mengenai Pilihanraya Umum sebaliknya menyatakan hanya membincangkan gerak kerja parti.

Sehingga hari ini, masih tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Umno berkaitan mesyuarat MKT, Sabtu lepas.

MKT ada bincang tarikh PRU15 - "sumber"

TAKLIMAT KHAS DAN SOLIDARITI NAJIB RAZAK

Solidariti Najib Razak MKT ada bincang tarikh PRU15 - "sumber"



Sebelum berlangsung mesyuarat MKT, satu taklimat khas dan solidariti untuk Najib Razak yang diadakan oleh Presiden Umno, Dato Seri Zahid Hamidi diadakan di Dewan Merdeka.

Umno merasakan sudah tiba masanya untuk mandat dipulangkan kepada rakyat bagi memilih sebuah kerajaan baru yang lebih stabil serta diyakini rakyat.

Umno sebelum ini telah menerima mandat dari perwakilan bagi menggesa Pilihanraya Umum Ke-15 diadakan segera dan gesaaan tersebut diulang lagi dalam Mesyuarat Agung Khas Umno.

Perwakilan juga bersetuju memberi mandat penuh kepada ‘Top 5’ Umno bagi membincangkan perkara tersebut namun nampaknya masih belum berhasil menyegerakan PRU15.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button