Cavani kini milik Valencia

MADRID: Bekas penyerang Manchester United, Edinson Cavani menandatangani kontrak dua tahun bersama Valencia, umum kelab La Liga itu semalam.

Pemain 35 tahun dari Uruguay itu menjadi ejen bebas selepas meninggalkan United, yang disertainya dari Paris Saint-Germain di mana dia meledak 200 gol untuk kelab Perancis itu.

Cavani turut meledak 58 gol dalam 133 penampilan untuk Uruguay, dan menyatakan hasratnya untuk beraksi di Piala Dunia 2022 di Qatar.



“Valencia CF mencapai persetujuan untuk menandatangani Edinson Cavani bagi dua musim akan datang sehingga 13 Jun 2024,” kata kelab itu.

Cavani berada di Stadium Mestalla bagi menyaksikan perlawanan di antara Valencia dan Atletico Madrid, di mana pasukan baharunya tewas 1-0 hasil jaringan Antoine Griezmann.

Valencia dikendali oleh bekas pemain Itali, Gennaro Gattuso, yang memenangi Piala Itali bersama Napoli pada tahun 2020.

Valencia menamatkan saingan La Liga musim lalu di tangga kesembilan dan tewas kepada Real Betis pada aksi final Piala Raja Sepanyol menerusi sepakan penalti.



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button